Rumpai memainkan dua peranan yang penting. Di kawasan pertanian, ia disifatkan sebagai pengganggu, dan sewajarnyalah dibasmikan. Sebaliknya pula, di kawasan yang terbiar dan tempat yang telah dikerjakan sepenuhnya, pertumbuhannya elok digalakkan. Buku ini bertujuan untuk memenuhi kehendak ramai dalam menghadapi masalah rumpai, terutama daripada segi pengenalan dan pengawalan. Kepada petani-petani, pelajar, ahli-ahli sains dan mereka yang ada kaitannya dengan masalah rumpai akan mendapati buku ini berguna sebagai satu bahan rujukan dan juga panduan.